Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Thursday, September 24, 2009

Mekanisme saring PhD di IPTS

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Beberapa tokoh akademik mahu mekanisme saringan bagi mendapatkan ijazah doktor falsafah (PhD) diperluaskan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Sambil melahirkan kebimbangan mengenai ketiadaan saringan seperti yang dilaksanakan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), mereka berpendapat, langkah itu perlu bagi mengelak pemilikan PhD ekspres berlaku secara berleluasa di negara ini.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah pula yakin IPTA bersih daripada golongan yang memiliki PhD 'ekspres' kerana mempunyai mekanisme saringan yang kukuh.

Katanya, di UiTM, latar belakang akademik setiap bakal tenaga pengajar di institusi itu disemak menerusi Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut Ibrahim, masalah akan timbul apabila golongan ini bekerja dengan swasta atau bekerja sendiri dengan tujuan penyelewengan dan penipuan.

''Sukar untuk memastikan status ketulenan gelaran mereka jika tidak terikat dengan sebarang saringan seperti yang dilakukan oleh perkhidmatan awam.

''Mereka yang sengaja berlagak dengan gelaran palsu perlu diambil tindakan undang-undang kerana sudah pasti membawa kesan yang buruk kepada masyarakat," katanya.

- Utusan

Harap-haraplah UiTM tidak semudah memberikan bukan hanya PhD malahan semua jenis sijil. Saya pernah mendengar tentang seorang pelajar di IPT tempatan yang mendapat transkrip tetapi tiada sijil kerana tidak habis membayar yuran tertentu.. Tak pasti samada beliau layak mendapat sijil atau tidak..

Selain itu rasanya ijazah kehormat juga perlu dikurangkan. Nanti tiada makna kalau asyik bagi je pada VIP-VIP..

0 comments: