Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Friday, July 24, 2009

H1N1 : UiTM percepat cuti semester

Nampaknya kalendar UiTM akan berubah akibat dari penyakit H1N1..

HAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengumumkan cuti pertengahan semester bagi sesi pengajian Julai-November 2009 dipercepatkan bermula 27 Julai ini berikutan kes jangkitan Influenza A (H1N1) di beberapa kampus cawangannya.

Menurut kenyataan Jabatan Koporat UiTM, cuti semester itu diawalkan kepada 27 Julai hingga 2 Ogos berbanding cuti yang dijadualkan terdahulu dari 17 September hingga 27 September.

Cuti semester baru itu berkuatkuasa bagi seluruh cawangan UiTM termasuk kampus induk Shah Alam kecuali bagi kampus Lendu di Melaka.

Nampaknya Pentadbiran UiTM memandang serius situasi yang berlaku sekarang.. Mana taknya banyak kampus yang terpaksa dikuarantin jadi tindakan perlu dilakukan. Apapun diharap ianya masih terkawal lagi..

0 comments: