Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Wednesday, June 24, 2009

Warga UiTM tak boleh ke oversea

Petikan dari MStar

Warga UiTM dilarang ke luar negara - NC

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengeluarkan arahan melarang warga dan pelajarnya daripada melakukan perjalanan ke luar negara bagi mengelak jangkitan wabak Influenza A (H1N1).

"Saya telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan sesiapa pun keluar dari Malaysia," kata Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau memberitahu pemberita demikian mengenai langkah yang diambil universiti awam itu bagi membendung jangkitan wabak tersebut di kalangan pelajarnya.

Empat buah sekolah terpaksa ditutup setakat ini apabila pelajarnya turut dijangkiti wabak berkenaan.

Ibrahim berkata bagaimanapun kebenaran untuk ke luar negara diberikan berdasarkan kepada alasan yang kukuh dan mustahak.

Beliau mengakui terdapat rungutan berhubung arahan itu terutama di kalangan kakitangan akademik yang telah melakukan persiapan untuk ke keluar negara.

Namun katanya, beliau perlu bertegas kerana tidak mahu UiTM yang mempunyai lebih 100,000 pelajar di seluruh negara dijangkiti wabak dan kampus terpaksa ditutup sehingga menjejaskan pembelajaran pelajar.

Mengenai saranan Kementerian Pengajian Tinggi supaya institusi pengajian tinggi menubuhkan jawatankuasa bertindak H1N1 bagi mengekang jangkitan virus itu, Ibrahim berkata UiTM sudah menubuhkan jawatankuasa sedemikian dan sentiasa dalam keadaan berjaga- jaga mengenai penularan virus. BERNAMA




Kepada adik-adik tu sabar je la ye..

0 comments: